Wednesday, December 28, 2011

HIJAB KITA UNTUK ALLAH :)

Assalamualaikum wbt.

Lets start our mission. #gaya-nak-pergi-lawan-dengan-raksasa-badan-hijau-je. haha. Okay merepek. dush!


Allah itu satu, tiada dua, tiada juga tiga. Jadi kenapa kita sangat susah untuk laksanakan hakNYA? #Astaghfirullah. Saya pun sendiri mengaku kadang kadang kita sangat berat, susah, malas nak tunaikan hak Allah. Okay amek perkara ringkas tutup aurat. Tutup aurat itu apa? apa ek? sebab saya rasa ramai yang tutup aurat sekarang. Alhamdulillah. Tapi tutup yang macam mana??? #Wallahua'alam -.-" 


Sekarang pakai tudung (khimar) , tutup aurat tu dah jadi satu trend, dan bukan kewajipan. Perasan tak? #tolong-lah-perasan-pleaseee. haha. Sebab apa? Sebab sekarang hijab dah ada macam macam style. Style brooo~ Style memang style. Tapi ada Allah berfirman ke dalam Al-Quran yang muslimah yang memakai hijab, perlu lilit tengah depan belakang, perlu pin besar yang menarik perhatian? Rasanya tak ada. Betul tak salah untuk cantik, tapi janganlah berlebihan. Kan lawa bila kita berhias secara bersederhana sahaja #saya-suka-tengok-gadis-yang-natural-beauty-cantik-sangat! hee. Allah suka akan sesuatu yang cantik dan baik. Cantik tapi janganlah sampai menarik perhatian ikhwah (brother) untuk pandang kita. 


Dulu saya mengaku saya jenis yang kalau boleh nak up-to-date je kalau beli khimar, bukan khimar jee. Baju pun sekali. Sebab saya mahu orang pandang saya sebab saya up-to-date #up-to-date-la-sangat-en. daaa~ Boleh kiralah waktu zaman shawl start nak terkenal dulu berapa banyak shawl yang saya beli. saya ada koleksi shawl lebih daripada 20 helai tau! up-to-date kan saya??? #perli-diri-sendiri. h a h a. 


Then start tak pakai sebab rasa bila pakai shawl muka nampak booolat. Even ada yang cakap tak. haha tipuu. Tapi sebenarnya tak pakai sebab rasa shawl terlalu singkat and tak menutup dada #Alhamdulillah-masih-ada-iman. 


Tapi kita selalu lupa akan dalil Allah SWT:

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak 
perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman,
supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih
sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 

[Al-Ahzab;59]



Pakai tudung labuh yang bidang sampai 60 tu bukanlah satu kewajipan. Ustazah saya pun pernah cakap, pakailah macam mana jenis khimar pun asalkan menepati syara' iaitu menutup bahagian dada depan belakang, itu dah cukup baik. Lebih baik kalau dapat tutup dada. Ada asbabnya Allah suruh kita tutup dada. Bukan nak susahkan hambaNya, tapi salah satu untuk mengelakkan kita daripada pandangan kaum Adam dan fitnah dunia. 

Tapi kita mesti akan perasan, kalau akhwat(sister) yang pakai tudung labuh, kita mesti pandang tinggi dekat diaorang, and automatik kita akan rasa diaorang mesti seorang muslimah yang baik. Kan? haa perkara ni memang Allah dah sebut dalam dalil dekat atas. Memang dah terbukti terang lagi nyata yang siapa pakai hijab yang menutup dada dan pakaian menutup aurat, pasti kita akan dipandang baik. 

Pakai tudung bukanlah trend tetapi WAJIB! menutup aurat tu pun WAJIB! janganlah tolak hak Allah, berdosa tau! Aiyokkk! :p haha #gedik+gilo. Saya bukan nak berlagak sebab dah bertudung labuh. Saya pun bukanlah biasa bertudung bidang 60. Tapi memang dari dahulu teringin sangat nak cuba pakai tudung saiz tu. Alhamdulillah mama & ayah bagi greenlight untuk pakai. Alhamdulillah syukran Ya Allah. But saya masih belum banyak stok tudung saiz tu, masih kumpul. heeee. #ada-niat-nak-kumpul-macam-shawl. hehe. InshaAllah InshaAllah.

Percayalah pada saya, bila kamu sangat menjaga aurat kamu daripada tatapan umum, Allah pasti akan jaga kamu. Sebab salah satu perisai serikandi Allah adalah bajunya yang labuh dan menutup aurat. Ikhwah pun takut nak kacau tau. #InshaAllah-ikhwah-yang-ada-iman-laa. haha. 

One more thing nak share kata kata salah seorang akhwat saya: 
"tak cool oh kau pakai baju labuh-labuh tutup aurat ni. 

Tak ikut trend," "what's wrong with not being cool for the sake of Allah?

 COOL di dunia tak boleh hilangkan PANAS di akhirat."


InshaAllah just nak share pasal benda ni jee. Muslimah, jagalah aurat. Masih belum terlambat untuk berubah. Percayalah :) Jangan takut nak tinggalkan baju baju kecil yang mendedahkan aurat, tapi takutlah kalau kita tertinggal untuk masuk dalam list nama penghuni Jannah Allah SWT di Akhirat nanti ;) mungkin perkara ini nampak kecil pada mata manusia, tapi InshaAllah sangat besar pada Allah. Lagi satu, kita akan rasa lebih secure bila pakai tudung labuh. Trust me ^^


Wassalam :)

Tuesday, December 27, 2011

MY TURNING POINT

Assalamualaikum wbt.

Okay berbalik kepada tajuk kita pada post saya yang terbaru, terlatest dan 'ter'lain-lain lagi. haha. It's about my turning point. Turning point bukanlah bermaksud U-turn, tapi lebih kepada bermaksud kembali kepada fitrah semula jadi, ini pada pandangan saya lah kan. Setiap orang turning point mereka lain-lain. So, saya pun nak lain daripada yang lain jugak lah. haha gedik -.-" 

Saya harap sesiapa yang baca post saya kali ini boleh ambil iktibar. InshaAllah sama-sama ye :) 

Saya seorang yang dilahirkan Islam, memang konfem dah tercatat dalam IC saya, menggunakan term "binti", so konfem lah Islam kan? Alhamdulillah. Tapi sejauh mana Islam saya? Wallahu a'lam, hanya Allah dan saya tahu sejauh mana Islam saya. Adakah Islam-hanya-pada-nama (muslim) atau Islam-mukmin? #kalau-tak-tahu-beza-mukmin-dan-muslim-sila-google-sendiri. haha. Mungkin saya ini 90% muslim dan 10% sahaja mukmin. Mungkin juga 60% muslim dan 40% mukmin. Entah saya sendiri tak tahu. 

Kekosongan dalam diri yang hanya mengecapi kegembiraan sementara membuatkan saya tercari-cari jawapan kepada soalan tersebut #habis-skema-dah-ni. haha. Awak pernah rasa kosong? Setiap kali lakukan sesuatu yang gembira, awak rasa besalah? Itulah yang saya maksudkan kosong. Kosong sangat. Saya tak rasa apa itu nikmat gembira. 

Saya mula cari identiti diri. Muhasabah semula segala silap yang saya lakukan. Mula mendekatkan diri ke dalam majlis majlis ilmu. Mula mencari teman yang mampu membimbing saya. Mula mencari semula ilmu akhirat yang sudah lama saya tinggalkan. #Allah-jahilnya-aku. Alhamdulillah setelah lama termenung, termanggu, terduduk, saya mula berfikir untuk berubah. Bukanlah berubah dengan meninggalkan apa yang saya ada sekarang, cuma berubah ke arah yang lebih baik. Ke arah kehidupan yang lebih berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah, InshaAllah. Cuba meninggalkan apa yang mungkar, dan melakukan perkara baik. InshaAllah, amar ma'aruf, nahi mungkar :) 

Maka start turning point tu, akhwat saya yang paling saya rapat pesan, 
AKHWAT: 
"Ain, once awak nak berubah, awak decide untuk berubah demi Allah, awak pasti akan diuji. Sebab Allah akan uji hambaNya yang mengaku dia beriman kepadaNya". 
AIN:
"Awak, kalau saya tiba tiba jatuh semula dan kembali kepada jalan yang dulu macam mana awak?"  
AKHWAT: 
"Saya akan pastikan awak takkan jatuh semula ke jalan yang lama Ain. Saya dan akhwat lain akan pastikan awak tetap berada pada landasan yang betul. InshaAllah"
AIN: 
"Okay awak, maseh ye" #monolog dalaman; Allah, terima kasih kerana temukan dia kepadaku. Alhamdulillah :')

Alhamdulillah saya tekadkan diri bahawa apa yang saya buat ini memang betul betul kerana Allah. Dan pesanan akhwat itu jadi kenyataan apabila saya diuji dengan orang yang paling saya rapat, mama & ayah. Boleh bayangkan orang yang paling kita rapatlah ujian pertama kita? Allah memang uji saya. Air mata mengalir bukan sebab menyesal, tapi sebab bersyukur, Allah terima keputusan saya untuk berubah, untuk beriman padaNya, dan caraNya dengan menguji saya. Alhamdulillah. 

Tapi sewaktu ujian tu saya ada buat kesilapan. Saya terkasar bahasa pada mereka. Sebab waktu tu bagi saya rasa marah. Bagi saya kenapa bila saya nak buat benda baik, mereka nak halang? untuk kebaikan semua jugak kan? #amboi-time-ni-lupa-dah-semua-pesanan-akhwat. aish. Walhal, mereka cuma tegur. Sebab ayah tak mahu saya terlalu fanatik sampai boleh jadi sesat macam agama ayah pin tu. #ingat-tak-ayah-pin? hee. Ayah tak mahu anak perempuan dia yang sorang ni abaikan pelajaran. Tapi waktu tu saya emo. Saya melawan cakap ayah dengan cara yang halus. fuhh menusuk~ sebab rasa sangat salah apa yang saya buat tu, Allah turunkan penyesalan dalam hati saya. Malam tu jugak, saya pergi masuk bilik ayah, ambil tangan ayah, salam dan cium. Dalam hati saya menyesal sangat dan minta maaf. Ayah terjaga dan tanya saya mengigau ke apa? haha. Diam je la~ Pada mama pun saya buat perkara yang sama. 

Allah penyesalan tu hanya Allah yang tahu, saya nak berubah, tapi ada tentangan, dan saya hadapi tentangan itu dengan cara kurang sabar. Astaghfirullah al-azim. So saya ambil keputusan untuk wait and see aje. haha. Lets Allah do the rest. And Alhamdulillah, tak lama lepas tu. mama dan ayah boleh terima perubahan saya. Balik je ke ipoh, matlamat pertama ialah istiqamah #istiqamah-ni-saya-akan-cerita-pada-next-post. InshaAllah. 

Panjang sangat dah ni, satgi bosan pulak orang nak baca. haha. But nak share something, salah satu sebab yang jadi saya sangat tekad dan kuat untuk berubah adalah dengan berpegang pada satu hadith ni : 


#pist: saya nak jadi orang yang asing itu. doakan yee. inshaAllah :')

Percayalah semua orang boleh berubah. Berubah ke arah kebaikan. Sebab itulah fitrah manusia yang Allah ciptakan sejak azali lagi. Fitrah suka akan kebaikan. Biar dunia ini jadi neraka kita, tapi akhirat jadi syurga kita. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. 

“Katakanlah! Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnyanya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)”. 
(az-Zumar: 53-54)

Wassalam :)

1ST TESTING POST. HAHA :D

Assalamualaikum wbt :)

Dah lama saya tak menulis. Sangat lama kan? kan? haha. okay actually ni blog saya yang lama tapi dah diberi nafas baru #puas-bernafas-sampai-tak-cukup-oxygen. haha. Maaflah post yang lama-lama semua saya dah delete. buang habes dah. Lama juga fikir nak cari design baru, cari lagu baru, cari blablabla~ #macamlah-hasil-gempak-sangat. haha. but so far Alhamdulillah, inilah dia hasil yang saya mahukan. hiyaarrghhh! haha gilo -.-"

Wassalam.