Sunday, January 8, 2012

BILA UJIAN DATANG, SAY ALHAMDULILLAH :)

Assalamualaikum wbt.

Maaf lambat post perkara baru. huhu saya ada hal. ada macam macam hal. Hal baik, hal tak berapa nak baik. Huhu #moga-Allah-sentiasa-bersama-saya.

Suka dengar term UJIAN/ DUGAAN/ MASALAH/ PANCAROBA??? Selalu kan dengar? Dan kalau boleh tak nak dengar bukan? #saya-faham-perasaan-anda. Haha. Tapi tolong jangan takut dengan perkara tu. Kadang-kadang bila diuji kita rasa, kitalah yang paling malang, kitalah yang paling susah. Allah tak sayang kita. itu-ini. bla bla bla~

Kenapa Allah uji macam ni dekat kita? Sebab Allah sayangkan kita sayang :) dan akan jadi makin sayang bila Dia berikan ujian tersebut bertimpa-timpa dan kita hadapi dengan tenang dengan mengingatiNya. Ingat! Dengan mengingati DIA pemberi ujian itu sendiri. Ada faham? #angguk-angguk-tanda-faham. haha. Saya faham bahawa susah untuk kita terima ujian ni kadang-kadang tu. Apa taknya, bila tengok orang lain sedih, bukan main lagi kitalah nombor satu yang bagi nasihat pung pung pung macam pegang M16. Bagi nasihat pun lebat je en, ingat Allah, jangan sedih lah itu ini, tapi bila tupp~ kena dekat kita. Allah~ Allah je tahu macam mana perasaan kita time tu. Kalau boleh nak bagitahu semua orang yang kita tengah tak okay. haha.

Jangan macam tulah awak. Saya mengaku dulu saya pun macam tu #susah-tahu-nak-dengar-saya-mengaku-ni. haha. Saya suka bagi nasihat kat orang, tapi saya pun dua kali lima=sepuluh je. Kena batang hidung sendiri #haaa-hamek! Terduduk, terkedu kan? tapi tak salah terduduk dan terkedu tu. Allah memang suruh kita terkedu pun, sebab Allah nak bagi kita sedar yang Dia Maha Kuasa. Dalam masa terkedu tu sebenarnya Allah suruh kita muhasabah diri. Suruh kita ingat balik apa yang kita buat sebelum Dia turunkan ujian dekat kita tu. Misalnya; kita cakap kita beriman. tapi takkan senang-senang je Allah nak bagi kita ngaku kita ni beriman pada Dia kan? Rilek dulu bro~ meh kita test dulu. Haa nah satu ujian! Time tu kita boleh tengoklah kita terus ingat Allah tak bila ditimpa kesusahan tu. Adilkan Allah tu? Alhamdulillah #sweetnya-Allah! 

Kita selalu dengar kalau kita tengah rasa susah, mesti ada orang bagi nasihat macam ni, "Sabar awak, awak mampu hadapi semua ni, sebab tu Allah uji awak. Allah takkan uji kalau awak tak mampu" haa memang betul pun! Kan Allah dah bagitahu kita dalam Al-Quran. And bukan satu ayat, banyak ayat #waaa-sweetnya-Allah! ^^ heee. Kalau nak tahu ayat mana, boleh pergi jumpa pakcik GOOGLE. haha. But salah satu ayat adalah surah Al-Baqarah ayat 286.



Semua orang pernah rasa diuji, cuma terpulang pada mereka sama ada hendak ingat Allah atau terusan merasa kecewa. Bila kita ingat Allah, kita akan rasa tenang. Percayalah :) sebab Allah akan hantarkan Malaikat untuk bantu kita sebenarnya. Bukan Malaikat je, Dia akan hantar juga seseorang yang akan bantu untuk tenangkan hati kita. MashaAllah, sweetnya Allah. kan? kan? #overexcited-jap. haha. 

Saya beritahu semua ni sebab saya baru sahaja diuji. Dan bukan satu, tapi lebih daripada satu. Mula-mula rasa macam loser #sebab-tak-dapat-handle-perasaan-sendiri. But bila teringat yang saya perlu ingat Allah, terus ZUPP Allahu Akhbar apa yang aku buat ni. Time tu istighfar banyak banyak balik. Rasa berdosa lupakan Allah time susah. Yela, Allah bagi susah supaya kita ingat pada Dia. kan? #baik-cakap-ya. haha. Lepas tu jangan lupa ucap Alhamdulillah, Allah uji kita sebab Dia sayang kita :D

Ingatlah, kadang kadang kita tak boleh rasa terlalu selesa. Sebab bila terlalu suka, kita mudah lupa, dan bila berduka, kita mudah mengingatiNya :) but it is more better to remember Him in both condition. Baru seronok! sebab kita jadikan Dia yang pertama dalam apa jua kondisi. Hebat bukan? Barulah Rasulullah SAW bangga ada umat macam kita. haaaa #moga-saya-tergolong-dalam-golongan-ini. Amin.   

Untuk mereka yang bersedih di luar sana, kuatkan semangat. Baru kita boleh jadi Muslim yang HEBAK! huhu. Moga kamu semua berada dalam rahmat Allah. InshaAllah :)



Rasanya itu je, wassalam.